Ayam Brand #AyamBersamaMu CSR campaign
Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Aslidengan Makanan Berkhasiat
Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung orang Asli
Changkat Bintang, Selangor
Shah Alam, 04 Ogos 2020 – Komuniti Orang Asli turut terjejasmata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabakCOVID-19.
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedangbekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempenkebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor.
Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian sepertimakanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dandisokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.
Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kinisedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintangdengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuksebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen#AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuknyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusisumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.
“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telahmembantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapicabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positifdan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadiperingatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapanterima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di ataskemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produkmakanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.
Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik danmenyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang samamengamalkan penjarakan sosial.
“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dansumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakanpenghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyakorganisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu ataumemulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telahberjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal danmenyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberisokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibutunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakatini.
“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama merekayang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, danand berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantukomuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zatmakanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannyasesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konseppantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasiyang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turutserta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripadakempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus PemasaranAyam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.
Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulammendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli ChangkatBintang di Selangor.
“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktivitiekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidakbanyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA inimeringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualitiyang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini jugamerupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok BatinHassan bin Kaku.
Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan olehkomuniti Orang Asli Changkat Bintang.
“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggapmewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami adacukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata pendudukkampung.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempenkebajikan komuniti
#AyamBersamaMu
layari :
Comments
Post a Comment